da yang mampu melaksanakan semua jihad yang disebutkan. Untuk itu Allah tidak membebankan sesuatu (taklif) hambanya melainkan mengikut kemampuan, (dan manusia tidak boleh menyembunyikan kemampuan kerana Allah Maha mengetahui kemampuan masing-masing).[1]
Buku kecil ini cuba menjelaskan secara ringkas tentang permasalahan harta dan sedekah (infaq) harta pada jalan ALLAH, menyingkap rahsia, kelebihan sedekah. Adalah diharapkan buku kecil ini dapat memberikan sedikit panduan dan pengajaran ke arah penyempurnaan ibadat infaq dan sedekah. Perbincangan ringkas ini mudah-mudahan dapat dijadikan santapan ilmiah oleh semua lapisan masyarakat di mana jua berada.
Penulis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buku kecil ini dan menghargai teguran membina yan